Kek Marble Kelapa (Coconut Marble Cake). Menambah variasi kek marble. Kek ni wangi baunya dan moist. Sesuai untuk minum petang. :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Marble Kelapa

Kek Marble Kelapa (Coconut Marble Cake). Menambah variasi kek marble. Kek ni wangi baunya dan moist. Sesuai untuk minum petang. :)

BAHAN-BAHAN

  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak sayuran
  • 1 sudu kecil vanilla
  • 3 sudu besar jus oren + 1 sudu parutan oren
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu besar cuka
  • 1/2 cawan air sejuk
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil baking soda
  • 1/2 cawan kelapa kering
  • 1 sudu besar serbuk koko
CARA PENYEDIAAN
  • Campurkan semua bahan basah (telur, minyak, vanilla, air sejuk, jus & parutan oren) dalam mixer. Masukkan gula halus dan adun hingga sebati.
  • Dalam bekas lain, masukkan semua bahan kering (tepung, baking powder, baking soda, kelapa kering) dan gaul sebati. Campurkan adunan kering and adunan basah dan gaulkan sebati.
  • Ketepikan satu cawan dari adunan tadi dan masukkan serbuk koko. Masukkan selebihnya ke dalam loyang yg dah digris. Pastu, tuangkan adunan koko tadi dan buat marble guna pisau. (Saya tak pandai buat marble.. so tak cantik la..)
  • Bakar pada suhu 180C selama 30 minit atau hingga kek masak (boleh check dengan lidi, kalau lidi bersih bila ditarik keluar)
  • Nota: Kalau tak suka kelapa, tak yah masukkan kelapa, cuma tambah 1/2 cawan tepung.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN