Kek Marble yang sedap dan lazat. Cubalah.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Marble

Kek Marble yang sedap dan lazat. Cubalah.

BAHAN-BAHAN

  • Bahan A:
  • 250gm mentega
  • 40gm marjerin
  • 210gm gula kastor/halus
  • 5 biji telur ayam (gred B)
  • Bahan B:
  • 230gm tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • 30gm serbuk koko
  • 80ml susu segar
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega dan gula sehingga betul kembang.
  • Kemudian masukkan telur, sebiji demi sebiji sehingga habis. Diikuti dengan esen vanila.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselang-selikan dengan susu segar.
  • Pukul lagi adunan tadi sehingga betul-betul sebati.
  • Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian ditambahkan dengan serbuk koko satu bahagian lagi biarkan warna asal.
  • Panaskan oven 180C selama 10 minit.
  • Sediakan acuan loyang yang telah digriskan terlebih dahulu dengan sedikit mentega dan taburkan tepung nipis sikit atau lapikkan loyang dengan kertas minyak.
  • Sudukan adunan ke dalam loyang dari kedua-dua bahagian secara berselang-seli sehingga kelihatan berbelang.
  • Bakar adunan selama 50 – 60 minit dengan suhu 180C.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN