menambah variasi kek lobak merah

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Lobak Merah @ Carrot Cake

menambah variasi kek lobak merah

BAHAN-BAHAN

  • 450 gm lobak merah, dikupas kulit dan diparut
  • 175 gm tepung serbaguna
  • 2 sudu teh serbuk penaik
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 4 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanilla
  • 1/2 cawan gula perang lembut
  • 1/4 cawan gula pasir halus
  • 300 ml minyak bunga matahari
  • 1 cawan kacang walnut dicincang halus
  • 2/3 cawan raisin
  • Bahan untuk icing
  • 75 gm mentega
  • 3 cawan gula icing
  • 50 ml sirap maple
CARA PENYEDIAAN
  • Di dalam mangkuk adunan ayakkan tepung, serbuk penaik, soda bikarbonat, garam dan serbuk kayu manis, ketepikan.
  • Menggunakan mixer, pukul telur hingga serata. tambah esen vanilla, gula perang, gula pasir dan minyak bunga matahari dan putar hingga sebati. Kemudian masukkan bahan ayak tadi sedikit demi sedikit(guna kaedah kaup balik).
  • Sesudah itu masukkan lobak merah, kacang walnut dan raisin dan adun (kaedah kaup balik) hingga sekata.
  • Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang saiz 8 x 8 inchi yang telah digris dan dialas kertas baking, dan bakar pada suhu 180 darjah selama 40 ke 45 minit.
  • Setelah masak, biarkan didalam loyang selama 10 minit sebelum dikeluarkan untuk disejukkan sepenuhnya dan diletakkan icing.
  • Untuk icing, campur kesemua bahan hingga sebati dan boleh diratakan pada kek yang telah sejuk tadi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN