Nak habiskan belen putih telur tapi Along tak suka rasa telur & berminyak sikit resipi ni. Tapi drpd terbuang je putih telur tu, boleh lah cuba. Terutama musim2 perayaan, selalu nya byk belen putih telur selepas buat kek lapis.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Lapis Putih Telur Blueberri
Nak habiskan belen putih telur tapi Along tak suka rasa telur & berminyak sikit resipi ni. Tapi drpd terbuang je putih telur tu, boleh lah cuba. Terutama musim2 perayaan, selalu nya byk belen putih telur selepas buat kek lapis.
BAHAN-BAHAN
- 450g Putih Telur (12 biji)
- 180g Gula Kastor
- 350g Butter (Along rasa 300g pun cukup sbb berminyak lah Along buat tadi)
- 100g Susu pekat
- 180g Blueberri pie filling
- 180g Tepung Gandum
CARA PENYEDIAAN
- Dlm mangkuk yg kering, pukul putih telur & gula sehingga berbuih pekat & tidak berair.
- Dlm mangkuk yg berasingan, pukul butter & susu pekat sehingga kembang. Masukkan tepung & gaulkan. Campurkan adunan telur putih yg di pukul tadi.
- Bahagikan adunan kpd dua adunan. Satu bahagian di campurkan dgn blueberri.
- Lengserkan acuan bulat 8 inchi dgn mentega. Ratakan 6-7 sudu besar adunan putih. Kukus selama 8 minit. Lapiskan pula dgn lapisan blueberri. Buat sehingga habis. Akhir sekali kukus selama lebih kurang 45 minit sehingga masak.
- Sejukkan dulu baru di potong.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.