Kuih yang digemari keluarga..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Lapis Kukus Asam Manis

Kuih yang digemari keluarga..

BAHAN-BAHAN

  • 250g mentega
  • 240g gula kastor
  • 350g biskut marie ( jika tak ada apa2 biskut kreaker – kisar halus )
  • 1camt baking powder
  • 120 ml susu pekat manis
  • 7 biji telur
  • 1 camt esen vanila
  • Dua jenis warna yang berbeza ( kite guna kuning n hijau )
  • 2 peket asam haw flakes
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega dan gula hingga kembang (Kite guna senduk kayu aje )
  • Masukkan telur dan pukul lagi.
  • Masukkan susu, esen vanila dan biskut marie kisar(ayak bersama baking powder) ke dalam adunan. Kacau hingga rata.
  • Sementara itu sediakan kukusan dan panaskan loyang ( lanser dengan mentega )
  • Bahagikan kepada dua adunan dan bubuh warna yang berbeza ( cth kuning n hijau )
  • Tuang 5 sudu makan adunan kuning kedalam loyang dalam kukusan dan ratakan. Biar masak kira-kira 10 minit.
  • Letakkan asam haw flakes atas lapisan tadi. Tuangkan pula warna yang berbeza 5 sudu makan ratakan. Kukus hingga masak..
  • Pastikan benar-benar sejuk barulah dikeluarkan dari loyang.
  • Enak di makan sebagai minum petang bersama keluarga..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN