Ini adalah koleksi resipi kek sarawak yang amat diminati oleh anak-anak saya tapi saya lupa dari mana saya dapat. Adunan boleh siap dalam masa 30 minit sahaja dan dibakar dalam masa 2 jam. Bahan-bahannya pula sangat mudah didapati. Selamat mencuba…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Lapis Coklat Cadbury
Ini adalah koleksi resipi kek sarawak yang amat diminati oleh anak-anak saya tapi saya lupa dari mana saya dapat. Adunan boleh siap dalam masa 30 minit sahaja dan dibakar dalam masa 2 jam. Bahan-bahannya pula sangat mudah didapati. Selamat mencuba…
BAHAN-BAHAN
- 16 oz mentega
- 7 biji telur ayam
- 100 gm gula halus
- 180 gm tepung gandum
- 1/2 tin susu manis/pekat
- 1 sudu teh vanilla
- 200 gm horlicks
- 2 kotak coklat cadbury
- Pewarna kuning
CARA PENYEDIAAN
- Pukul mentega dengan gula hingga berkrim.
- Masukkan telur satu persatu dan gaul rata.
- Masukkan susu, tepung, vanilla, horlicks dan pewarna kuning, gaul hingga betu-betul rata dan tepung/horlicks tidak berketul-ketul.
- Masukkan 7 sudu makan adunan dan bakar hingga kekuningan.
- Bila sudah masak susun coklat cadbury secara rawak dan masukkan 7 sudu adunan lagi bagi menutupi coklat tadi. Bakar lagi hingga masak dan kekuningan.
- Susun lagi coklat cadbury dan masukkan 7 sudu adunan. Buat begitu hingga adunan habis.
- Anda boleh susun coklat selapis demi selapis atau selang selapis. Kalau selang selapis lebihkan coklat.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.