resepi Sarawak

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

kek lapis bunga rebung

resepi Sarawak

BAHAN-BAHAN

  • Bahan 2 Dalam Kek
  • 1) 360gm Mentega Golden Churn
  • 2) 1 Gelas Gula Pasir
  • 3) 10 Biji Kuning Telur
  • 4) 1 ½ Gelas Tepung Gandum
  • 5) ½ Tin Tinggi Susu Pekat Manis
  • 6) 100gm Santan Serbuk
  • 7) Sedikit Pandan Paste
  • 8) Sedikit Strawberi Paste
  • 9) Sedikit Pewarna Kuning.
  • Bahan 2 Luar Kek.
  • 1) 240gm Mentega Golden Churn
  • 2) 1 Gelas Gula Pasir
  • 3) 5 Biji Telur
  • 4) 1 Gelas Tepung Gandum
  • 5) ½ Tin Tinggi Susu Pekat Manis
  • 6) 50gm Santan Serbuk S&P
CARA PENYEDIAAN
  • Cara Membuat dalam kek:-
  • Masukkan mentega & gula. Pukul bersama. Kemudian masukkan telur satu persatu. Diikuti tepung, susu dan santan. Pukul hingga sebati. Apabila bahan tersebut sebati, bahagi kepada 3 bahagian a) Masukkan pandan paste. b) Masukkan strawberi paste. c) Masukkan pewarna kuning. Bakar setiap adunan sehingga 3 lapis. Apabila kek sudah masak, potong kepada 1 inci seperti segiempat. Kek 1 inci tadi dipotong dua seperti segi tiga. Simpan di dalam peti sejuk selama 15 minit.
  • Cara membuat luar kek:-
  • Masukkan mentega & gula dan dipukul bersama. Kemudian masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung dan diikuti dgn susu dan santan. griskan loyang dgn sedikit mentega dan alas dgn kertas minyak. Bakar hingga menjadi 3 lapisan. Setiap bahagian atas lapisan hendaklah bewarna kuning keperangan. Susunkan kek yang telah di potong ke atas kek ini. Bila siap susun, bakar lagi dan masukkan adunan selebihnya bakar hingga tiga lapis. Seperti membuat lapisan bawah tadi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN