Hujung minggu hari tu buat, nak kongsi pengalaman. Resepi asal dari Betty Saw, buku Petua Dari Dapur.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Keju Coklat Beroren (Bakar)

Hujung minggu hari tu buat, nak kongsi pengalaman. Resepi asal dari Betty Saw, buku Petua Dari Dapur.

BAHAN-BAHAN

  • Kulit:
  • 150g biskut ‘digestive’
  • 90g mentega, dicairkan
  • Inti:
  • 120g coklat gelap – suhu bilik
  • 125ml krim (krim putar atau krim segar)
  • 500g keju krim (saya pakai 2 kotak Philadelphia creamcheese) – suhu bilik
  • 180g gula halus (castor sugar)
  • 2 sudu teh parutan kulit oren
  • Secubit garam
  • 3 biji telur
  • 1 sudu besar jus oren
CARA PENYEDIAAN
  • Griskan acuan springform (loyang cheesecake) berukuran 22 cm dengan sedikit mentega. Panaskan oven pada 160 darjah Celcius.
  • Hancurkan biskut (gambar tu jenama yang saya gunakan) hingga menyerupai serbuk roti. Kemudian masukkan butter cair, kacau rata (saya guna food processor, ‘blitz’ 2-3 kali, masuk butter cair dan ‘blitz’ lagi sampai rata).
  • Tekan kulit biskut ke dalam loyang sampai padat (macam dalam gambar nih). Masukkan dalam peti sejuk sementara menyediakan inti.
  • Cairkan coklat samada menggunakan cara double boiler ( dalam mangkuk atas periuk berisi air mendidih dimasak guna api kecil) atau pakai microwave. Jika guna microwave, anggaran 1-2 minit, mesti jenguk selalu takut hangus. Keluarkan dan campur sedikit butter untuk bantu coklat tu cair.
  • Bila coklat dah cair, masukkan krim, kacau hingga sebati. Ketepikan hingga sejuk.
  • Pukul keju krim hingga lembut dan gebu. Masukkan gula, kulit oren dan garam, pukul sebati. Masukkan pula adunan coklat sikit demi sikit, akhir sekali masuk jus oren, pukul rata.
  • Tuang adunan inti ke dalam acuan yang berisi kulit kek yang dah disejukkan tadi. Bakar dalam oven selama 50-60 minit sehingga bahagian tengahnya agak keras tapi masih bergoyang (wobbly).
  • Tutup api oven dan biarkan sejuk di dalamnya dengan pintu oven terbuka sedikit. Kemudian, sejukkan dalam peti sejuk selama dua jam atau semalaman (untuk hasil yang baik).
  • TIPS 1 : Resepi asal kata kena pakai coklat gelapâ. Saya hentam pakai coklat masakan Vochelle je. Bila siap saya rasa terlebih manis walaupun gula dah ikut sukatan. Jadi, pengajarannya, coklat gelapâ tu bukan la coklat masakan yang biasa didapati di supermarket kita ni. Mesti jenis ‘bittersweet’ yang ada at least 70% koko tepu. Kalau nak pakai juga coklat masakan biasa, saya sarankan kurangkan sukatan gula kepada 150-160 gram sahaja sebab coklat masakan tu agak manis.
  • TIPS 2 : Hasil cubaan kali ni agak lembik (terlebih creamy) sebabnya saya sayang nak buang krim putar (sekotak 200ml, resepi cuma perlukan 125ml je), jadi saya masuk semua hehe. Sekali lagi, sebagai pengajaran kena ikut sukatan resepi betul-betul ya puan-puan :-)
  • TIPS 3 : Kalau pakai loyang kecil, boleh cuba separuh sahaja sukatan bahan dalam resipi ini.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN