kek keju yang x perlu di masak….lepas siap terus simpan dalam peti sejuk. selepas 3 jam boleh potong…tapi kena pastikan peti sejuk 2 betul2 sejuk..jangan pulak simpan kat tempat sejukbeku..kang x leh nak potong…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Keju Blueberi
kek keju yang x perlu di masak….lepas siap terus simpan dalam peti sejuk. selepas 3 jam boleh potong…tapi kena pastikan peti sejuk 2 betul2 sejuk..jangan pulak simpan kat tempat sejukbeku..kang x leh nak potong…
BAHAN-BAHAN
- Bahan (A)
150 gm biskut coklat dihancurkan
60 gm mentega di cairkan - Bahan (B)
20 gm gelatin
60 ml air suam - Bahan (C)
4 biji kuning telur
150 gm gula kastor - Bahan (D)
150 ml susu segar - Bahan (E)
250 kim keju
250 gm krim putar
10 ml jus lemon dan
Bluberi
CARA PENYEDIAAN
- Hancurkan biskut hingga betul2 hancur dan masukkan mentega cair(gaul rata). Tekan sekata di dalam acuan sejukkan di dalam tempat ais.
- Larutkan bahan (B) dan ketepikan
- Pukul bahan (C) hingga lembut berkrim
- Panaskan bahan (D) pada suhu 80âC dan kacau jangan sampai mendidih.Perlahankan api dan tuangkan bahan (C) kacau dan naikan api semula pada suhu 80âC. Campurkan bahan (B) hingga sebati. Tutup api dan kacau hingga menyejuk. Ketepikan dahulu
- Pukul krim hingga kembang. Masukkan krim putar ke bahan no 4 dan gaul sekata
- Tuangkan bancuhan ke dalam acuan yang sudah di sediakan . Hias dengan blueberi di bahagian atas. Sejukkan kek dalam peti sejuk selama 3 jam sebelum dihidang
- Selamat mencuba….
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.