salah satu kek paling popular di Sarawak dari dulu sampai skrg…masa mengukusnya agak lama tetapi ia boleh bertahan lama (2-3 bulan lamanya pd suhu sejuk) di samping rasanya yg sedap (masam manis) dan berkualiti….cubalah resepi ini (dlm versi dayang)…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Hati Parek (Kek Hati Pari)

salah satu kek paling popular di Sarawak dari dulu sampai skrg…masa mengukusnya agak lama tetapi ia boleh bertahan lama (2-3 bulan lamanya pd suhu sejuk) di samping rasanya yg sedap (masam manis) dan berkualiti….cubalah resepi ini (dlm versi dayang)…

BAHAN-BAHAN

  • 10 biji telur A (4 biji putihnya dibuang)
  • 16 oz mentega (utk dptkan hasil yg baik, pilihlah mentega Golden Churn)
  • 9 gelas tepung gandum + 3 sdt soda bikarbonat (diayak bersama)
  • 8 sb gula hitam/browning sugar (rujuk www.myresipi.com/top/detail/6594)
  • 1 kati / 600 g kismis hitam
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 4 gelas gula halus (boleh kurangkan 1/2 gelas lg jika x suke manis – tp dyg dh kurangkan sukatan ni. resepi asal: 6 gelas)
CARA PENYEDIAAN
  • Kismis dihiris halus atau ditumbuk.
  • Kemudian ambil segelas tepung gandum lalu digaul bersama kismis yg tlh dihiris/ditumbuk tadi. Ketepikan.
  • Di dalam mangkuk adunan, putar mentega dan susu sehingga putih.
  • Di dalam mangkuk adunan lain, pukul telur bersama gula hingga kembang dan berkrim.
  • Satukan kedua2 adunan itu tadi dan putar lg sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan tepung (8 gelas) ke dalam adunan tadi dan gaulkan.
  • Masukkan gula hitam dan gaul lagi hingga sebati.
  • Akhir sekali, masukkan kismis dan kacau lagi hingga rata.
  • Sediakan pengukus. Gliskan loyang dengan mentega/marjerin dan taburkan sedikit tepung. Kemudian tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan tutup kemas dgn kertas foil.
  • Kukuslah kek ini selama 8 jam. setiap 1 jam, periksalah pengukus, lapkan air pd penutupnya (sebaik2nya tutup dgn kain atau tuala), tambahkan air (air panas/air suam) jika berkurangan. guna api sederhana sahaja.
  • ***utk info, dyg hanya masak setengah adunan shj dgn menggunakan loyang 7 inci (masa mengukus 4jam 30min). jd, sesape yg nk buat setengah adunan, bahan2nya hendaklah dibahagi 2.
  • ***supaya kek tahan lbh lama, slps dikukus, bolehlah dibakar skjp dlm 10-15 minit dgn suhu 170C. Sejukkan kek sblm dipotong.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN