Resepi di kala musim durian.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Durian

Resepi di kala musim durian.

BAHAN-BAHAN

  • 185 g mentega
  • 150 g gula aising
  • 4 biji telur gred A, asing kuning dan putihnya
  • 185 g tepung berserbuk penaik (self raising flour), diayak
  • 125 g isi durian segar, dikisar
  • Secubit krim tartar
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega dan gula hingga putih. Masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul hingga kembang dan gebu.
  • Masukkan tepung berselang – seli dengan isi durian hingga habis. Gaul hingga rata.
  • Dalam mangkuk lain pukul putih telur bersama secubit krim tartar hingga kembang dan kental. Kaup dan gaulkan ke dalam adunan kek tadi menggunakan senduk secara sehala (jangan terlebih gaul) hingga rata.
  • Tuang dalam tin kek yang telah digris dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 175C selama 40 – 50 minit. Bergantung pada oven masing-masing.
  • Uji kek dengan cara mencucuk lidi sate di bahagian tengah kek. Jika lidi itu keluar licin, kek anda telah masak. Selamat mencuba…..

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN