Resipi ni kawan yang bagi & hiasan atas pula ambil dari buku Alex Goh. Rasanya memang sedap, kalau makan kena pejam-pejamkan mata begitu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat ‘Moist’ Sedap

Resipi ni kawan yang bagi & hiasan atas pula ambil dari buku Alex Goh. Rasanya memang sedap, kalau makan kena pejam-pejamkan mata begitu.

BAHAN-BAHAN

  • Kek (Bahan A):
  • Bahan A
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan serbuk koko
  • 11/2 sudu teh soda bikarbonat
  • Kek (Bahan B):
  • 4 biji telur
  • 2 biji kuning telur
  • 1 1/2 cawan air
  • Kek (Bahan C):
  • 1 1/4 buku mentega
  • 2 cawan gula halus
  • Hiasan Atas:
  • 250g coklat masakan
  • 135ml krim putar
  • 10g mentega
CARA PENYEDIAAN
  • Ayak kesemua bahan A dan gaulkan hingga sebati.
  • Campurkan kesemua bahan B dan kacau hingga sebati.
  • Pukul bahan C sehingga kembang.
  • Masukkan bahan A & B sedikit demi sedikit ke dalam bahan C secara berselang-seli. Pukul hingga sebati.
  • Tuang adunan ke dalam acuan bulat berukuran 10″ yang sudah disapu dengan minyak dan dialas kertas.
  • Bakar pada suhu 180C selama 1 jam atau sehingga masak.
  • Keluarkan kek daripada acuan dan biarkan sejuk.
  • Sementara tunggu kek sejuk, buatlah hiasannya pulak.
  • Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah ‘double boiler’.
  • Masak krim sehingga mendidih. Masukkan ke dalam coklat masakan dan pukul hingga pekat.
  • Masukkan mentega dan kacau hingga sebati.
  • Biarkan sejuk sebelum diratakan ke atas kek.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN