cara buat ibu sambal

Setiap rumah wajib ada ibu sambal ini. Tak perlu susah-susah nak potong bawang, gunting cili kering setiap kali nak masak. Cara buat ibu sambal ini pun tak susah mana.

Kalau nak buat masak sambal, bihun goreng atau mee goreng tak perlu lama-lama kat dapur. Cedok saja ibu sambal, mudah kerja!

Noor Azlina ada berkongsikan resipi ibu sambal yang mudah. Jom lihat perkongsiannya di bawah.

Cara Buat Ibu Sambal, Mudah Kerja Bila Nak Masak

Bahan-bahan:

  • Bawang besar
  • Halia
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Cili kering
  • Asam keping
  • Garam gula

**Kuantiti bahan macam nak buat sambal. Lebihkan bawang besar, belacan dan halia.

Cara-cara:

1. Kisar halus bawang besar, halia, bawang putih, belacan dan cili kering.

2. Kemudia tumis dengan minyak sehingga cili betul-betul masak.

3. Tambahkan asam keping, garam dan gula. Masak selama 3 jam menggunakan api perlahan.

cara buat ibu sambal

4. Sejukkan sebelum masuk ke dalam botol. Boleh tahan berbulan-bulan dalam peti ais. Senang bila nak masak sambal, bihun, mee goreng dan lain-lain.

cara buat ibu sambal

Kredit: Noor Azlina Abd Razak

Baca juga: Cara Goreng Ikan Style Orang Dulu-Dulu, Sedap Memang Lain Macam