10 ‘HotSpot’ Di Kampung Baru  - Kedai Makan Sedap

Bila cerita tentang makan sedap kat Kuala Lumpur, tempat nombor satu yang ada dalam kepala orang Melayu mestilah Kampung Baru. Untuk anda yang datang dari luar KL, Kampung Baru ini syurga tempat makan tau, dari selera Melayu dan Siam sampailah Western. Jika anda rasa parking di sini susah, sebenarnya tak pun, di kampung baru sekarang ada menyediakan tempat parking berbayar, haa takde lah anda berebut parking nanti.  Jom kita tengok 10 hotspot di Kampung Baru.

1. Suraya Seafood

10-HotSpot-Di-Kampung-Baru-Kedai-Makan-Sedap

Ini antara kedai makan paling sedap kalau nak makan makanan Siam di Kampung Baru. Antara menu popular mereka adalah Tom yam, ikan 3 rasa, somtam dan pulut mangga. Menu ni memang antara yang selalu orang order bila datang ke kedai ni. Selain tu, kerabu maggi di kedai ni pun power! Kedai ini sangat lah laku sehinggakan owver kedai ini buka 2 lagi cawangan Suraya Seafood di area Masjid Jamek Kg. Baru. Anda boleh lah ke sana sebagai alternative lain jika kedai yang ini ramai orang.

Alamat : Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru
Waktu Operasi : Setiap Hari (3:30PM – 1AM)

2. Kak Som

10-HotSpot-Di-Kampung-Baru-Kedai-Makan-Sedap

Haa, kalau anda terasa lapar tengah-tengah malam dan tak tahu nak cari makan di mana, anda jangan risau sebab anda boleh pergi terjah kedai Kak Som ni sebab kedai ni buka 24 jam tau. Best kan? Kedai ini bersebelahan dengan Kedai Suraya Seafood je. Bukan itu je, untuk makan tengahari pula, kedai ini ada menyajikan masakan Kelantan seperti laksam, nasi kerabu dan nasi dagang. Lauk jenis lain pun ada yang anda boleh pilih buat makan dengan nasi putih.

Alamat : 19, 13, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru
Waktu Operasi : Setiap Hari  (24 jam)

3. Nasi Lemak Wanjo

10-HotSpot-Di-Kampung-Baru-Kedai-Makan-Sedap

Kedai nasi lemak ini sudah beroperasi sejak tahun 1960an tau,  dan dikatakan yang rasa nasi lemak di sini masih sedap macam dulu. Di sini bukan ada nasi lemak biasa je tau, mereka ada juga menyajikan lauk lain untuk seperti Paru, ayam goreng sampailah ke sambal sotong dan kerang. Harga nasi lemak biasa di sini bermula dari RM 3.50 sahaja.

Alamat: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru
Waktu Operasi : Setiap Hari (6:30AM– 12AM)

4. Rosdet Tomyam

10-HotSpot-Di-Kampung-Baru-Kedai-Makan-Sedap

Kedai Rodset Tomyam ini menyajikan makanan Siam dan Kelantan. Jadi kalau anda nak cari nasi air dengan lokching di KL, boleh lah try makan di Rosdet Tomyam. Antara menu popular di sini sudah semestinya lah tomyam dan pulut mangga mereka. Kedai ini beroperasi dari petang sehingga malam.

Alamat: 5, 160, Jalan Abdul Rahman Idris, Chow Kit
Waktu Operasi : Selasa – Ahad (2:30PM– 1:30AM)

5. Selera Ramai Ikan Singgang

10-HotSpot-Di-Kampung-Baru-Kedai-Makan-Sedap

Anda mengidam ikan singgang? Kedai ini ada menyajikan perbagai jenis ikan singgang. Kedai Selera Ramai ini sudah pun beroperasi sejak 2012 dan ikan singgang yang dimasak adalah mengunakan gaya masakan Kelantan. Lagi sedap jika anda makan singgang dengan budu, ulam dan ikan rebus goreng.

Alamat : 46, 786, Jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kampung Baru
Waktu Operasi : Selasa – Ahad (6:30PM – 3AM)

6. Kedai Murah Meriah Nasi Campur

makan sedap kampung baru

Jika anda nak makan makanan lauk campur dengan harga bajet, silalah datang ke kedai Murah Meriah Nasi Campur di sini. Lauk-lauk di sini pun besar besar memang berbaloilah dengan harga yang ditawarkan.

Alamat: 58, Jalan Raja Alang, Kampung Baru
Waktu Operasi : Isnin – Sabtu (5PM – 12 AM)

7. Restoran Gerak 23

Restoran Gerak 23

Restoran Gerak 23 ini menyajikan makanan masak lemak. Haa kalau anda teringin nak makan masak lemak, ini lah tempatnya! Yang paling best di sini adalah itik salai masak lemak cili api. Sebut menu pun dah rasa terliur nak makan kat sini kan? Di sini juga ada 80 jenis lauk yang boleh dipilih selain daripada masak lemak.

Alamat: Lot 2959, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru
Waktu Operasi : Setiap Hari (10AM – 8 PM)

8. Restoran Nasi Padang Kg Baru

10-HotSpot-Di-Kampung-Baru-Kedai-Makan-Sedap

Kalau dah boring nak makan makanan melayu, anda boleh lah try makan di sini. Ramai peminat Nasi Minang datang ke sini untuk makan rendang gaya Padang. Memang ada beza dengan yang Malaysia punya. Sedapnya sangat. Selain tu, kalau anda datang pada tengahari Jumaat, anda boleh bayar RM10 untuk set makan sampai kenyang.

Alamat : 123, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru
Waktu Operasi : Setiap Hari (10 AM– 10PM)

9. Masakan Padang Asli Kampung Baru

10-HotSpot-Di-Kampung-Baru-Kedai-Makan-Sedap

Ini satu lagi kedai lauk Padang yang ada kat Kampung Baru. Kalau dah biasa dengan Dendeng Daging dan Rendang Paru, boleh cuba Gulai Lemak Urat mereka, memang power! 

Alamat: Lorong Muda Abdul Aziz, Kampung Baru
Waktu Operasi : Setiap Hari (10AM – 9PM)

10. Ayam Penyet Mak Maya

10-HotSpot-Di-Kampung-Baru-Kedai-Makan-Sedap

Untuk peminat ayam penyet, silalah datang ke kedai Ayam Penyet Mak Maya ni sebab speciality kedai ini adalah ayam penyet mereka. Ayam kat sini digoreng panas-panas. Sambal pun buat depan mata. Jadi memang fresh. Kalau tak mahu ayam, boleh minta ikan kembung atau keli.

Alamat : 65, Jalan Raja Uda, Kampung Baru
Waktu Operasi : Setiap Hari (10AM – 9PM)

Sumber: JomJalan 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN