resepi dari pelbagai sumber dan telah diubahsuai ikut selera sendiri

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek Coklat Moist Hannah

resepi dari pelbagai sumber dan telah diubahsuai ikut selera sendiri

BAHAN-BAHAN

  • 2 cwn tepung naik sendiri
    3/4 cwn serbuk koko
    2 cwn gula kastor
    1 cmt baking powder
    1 cmt soda bikar bonat
    1 cmt esen vanilla
    3 biji telur
    1 cwn minyak jagung
    1 cwn susu cair/sejat
    1 cwn air panas
  • untuk topping: 250g coklat masak, 1/2 cwn susu cair, 1cmt mentega
CARA PENYEDIAAN
  • ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko dalam mangkuk adunan. masukkan gula kastor, gaul sebati. buat lubang kat tengah-tengah adunan tadi, masukkan susu cair, minyak jagung, telur dan esen vanilla. kacau sebati. akhir sekali, masukkan air panas. tuang dalam loyang yg dah dialas dengan kertas minyak dan diglis kelilingnya. kukus selama 1 – 1 1/4 jam. sejukkan.
  • untuk topping (coklat ganache), kena buat ni sekurang-kurangnya 4 jam awal (bergantung kepada kualiti coklat masak tersebut). potong coklat masak kecil-kecil, masukkan dalam periuk. tuang susu cair. masak secara double-boil. kacau hingga coklat cair sepenuhnya, masukkan mentega. biarkan sejuk dengan suhu bilik sebelun digunakan.
  • untuk menghias:
    letak kek atas bod, tuangkan coklat ganache tadi. sapu rata. parutkan coklat atasnya atau hias ikut suka anda.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN