gabungan resepi kek coklat dan kek keju

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

kek coklat lapis keju

gabungan resepi kek coklat dan kek keju

BAHAN-BAHAN

  • A. Bahan kek coklat
  • 3 biji telur gred A
  • 1 1/2 cawan gula halus (dikisar dan diayak)
  • 1 sudu besar esen vanila (boleh guna esen lemon kalau suka)
  • 4 sudu besar serbuk koko (jika nak kurang pahit letak 3 sahaja)
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan susu (boleh guna susu cair atau susu segar)
  • 1 cawan minyak masak
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat (kalau taknak letak pun takpe)
  • (tepung gandum, serbuk coklat, baking powder dan soda bikarbonat diayak bersama bagi mengelakkan ketulan)
  • B. Bahan kek keju
  • 250 gram krim keju
  • 50 gram hula halus (dikisar dan diayak)
  • 1 biji telur gred A
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 2 sudu besar air (optional kalau taknak letak pun boleh)
  • C. Topping kek
  • 4 sudu besar serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu besar minyak masak
  • Jem blueberry
CARA PENYEDIAAN
  • Adunan kek coklat
  • Pukul telur dan gula hingga sebati, kemudian masukkan esen vanila, air panas, susu dan minyak dan kacau hingga sebatiMasukkan bahan-bahan yang telah diayak dan bahagi kepada dua adunan untuk buat dua lapisan.
  • Adunan kek keju
  • Pukul krim keju dan gula dalam bekas yang berlainan hingga sebati dan kemudian masukkan telur dan air. Masukkan tepung dan gaul rata sehingga tepung tidak bergumpal.
  • Panaskan periuk kukus dan pastikan tudung pengukus dibalut dengan kain.
  • Masukkan 1 adunan kek coklat ke dalam loyang dan kukus selama 15 minit. Kemudian masukkan pula adunan kek keju. Letakkan sedikit jem blueberry bagi menambah rasa kepada kek keju. Kukus selama 15 minit. Dan akhir sekali masukkan adunan kek coklat yang kedua dan kukus juga selama 15 minit.
  • Sejukkan kek sebelum diletakkan topping
  • Topping
  • Campurkan serbuk koko, susu pekat dan miyak masak ke dalam periuk. Panaskan dia atas api yang sederhana dan masak sehingga nampak berkilat, Jangan terlalu lama atau mendidih, nanti susu akan berketul.
  • Sejukkan topping sebelum dituang ke atas kek dan hias dengan bdama atau apa sahaj ikut kesukaan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN