Bagaimana cara nak masak Kek Cawan Coklat Manis?
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Pencuci Mulut / Minuman
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Cawan Coklat Manis
Bagaimana cara nak masak Kek Cawan Coklat Manis?
BAHAN-BAHAN
- 1¾ cawan gula perang
- 2 cawan tepung gandum*
- ¾ cawan serbuk koko*
- 1 sudu teh baking powder*
- 1 sudu teh soda bikarbonat*
- ½ sudu kecil garam
- 2 biji telur
- 1 cawan susu segar
- ½ cawan minyak masak
- 2 sudu teh esen vanila
- 1 cawan air panas
- 100 g air
- 130 g gula
- 125 g mentega
- 150 g marvello ataupun shortening
- 30 g susu tepung
Bahan A
Bahan B
Bahan C
Bahan D (Aising)
CARA PENYEDIAAN
- Ayak bahan A yang bertanda (*) sebanyak 2 kali. Satukan dengan gula perang dan garam. Gaul rata.
- Kacau semua bahan B menggunakan whisk di dalam mangkuk lain.
- Tuangkan bahan B ke dalam adunan bahan A. Pukul menggunakan whisk sehingga berkrim.
- Tuangkan air panas ke dalam bancuhan dan kacau menggunakan whisk sehingga sebati.
- Masukkan ke dalam acuan kertas yang diletakkan di dalam loyang dan bakar di dalam ketuhar yang sudah dipanaskan pada suhu 170°C api bawah sahaja selama 20-25 minit ataupun sehingga masak.
- Biarkan sejuk dan hias mengikut kreativiti sendiri.
- Didihkan air dan gula. Sejukkan.
- Pukul mentega dan marvello atau shortening sehingga gebu.
- Masukkan air, gula, dan susu tepung berselang-seli.
- Pukul dengan kelajuan sederhana sehingga kembang lagi.
- Masukkan krim ke dalam piping bag yang sudah disediakan nozel bintang.
- Hiaskan ataupun pamkan di atas kek cawan yang sudah sejuk.
Cara Membuat Kek Cawan
Cara Membuat Krim Aising Mentega
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.