Hiasan Karektor Angry Bird untuk Kek Harijadi
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kek Angry Bird
Hiasan Karektor Angry Bird untuk Kek Harijadi
BAHAN-BAHAN
- Resepi untuk Kek menggunakan resepi Cocoa Fudge Cake, boleh guna acuan bulat atau empat segi
- 1 biji putih telur
- 1 sudu besar cecair glucose (liquid glucose)
- 350g gula aising
- Pewarna pilihan ikut karektor
CARA PENYEDIAAN
- Putih telur dan cecair glucose di pukul menggunakan whisk di dalam mixing bowl.
- Masukkan gula aising yang telah diayak dan uli sehingga mendapat adunan yang agak lembut dan mudah dibentuk.
- Bahagikan doh kepada beberapa bahagian untuk mengasingkan warna.
- Gunakan pewarna pes untuk hasil yang lebih baik tetapi kalau guna pewarna cecair pun boleh.
- Bolehlah doh yang telah diwarnakan dibentuk menjadi karektor Angry Bird, saya mengikut tutorial mereka watak Angry Bird di www.instructables.com
- Hiasan ini sesuai untuk memeriahkan kek harijadi kerana kita boleh buat pelbagai hiasan, bunga ros, bunga mekar, buahan dan sebagainya.
- Selamat Mencuba!
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.