Sesuai untuk harijadi anak2… mudah jer

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kek aiskrim strawberry

Sesuai untuk harijadi anak2… mudah jer

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN KEK SPAN*
  • 375 gm Tepung Span Mix
  • 75 gm Air atau Susu Segar
  • 375 gm Telur
  • 1 sudu teh Perasa Vanila
  • 90 gm Minyak Jagung (atau Butter yang dicairkan)
  • BAHAN AIS-KRIM*
  • 3 Biji Telur Kuning
  • 150 gm Susu Segar
  • 30 gm Gula Kastor
  • 150 gm Strawberry Pes (ada jual di kedai bakeri)
  • 300 gm Fresh Cream
CARA PENYEDIAAN
  • CARA BUAT KEK SPAN*
  • Putar semua bahan untuk buat kek kecuali minyak jagung, sehingga kembang (dalam 10 minit)
  • Apabila kembang masukkan minyak sikit2 sambil dikacau menggunakan wisk. kacau sehingga betul2 sebati.
  • Tuang dalam loyang kek 9″ yang dialas dengan kertas minyak. Dengan suhu 175c bakar serlama 45 minit.
  • CARA BUAT AIS-KRIM*
  • Masak telur kuning, susu segar dan gula kastor sehingga pekat sedikit dan sejukkan.
  • Putar Fresh Cream sehingga kental, dan masukkan kedalam bahan yang dimasak tadi
  • Masukkan juga straberry pes dan kacau sehingga sebati dengan menggunkkan wisk.
  • CARA NAK BENTUKKAN KEK*
  • Boleh buat berapa lapis yang kita suka. jika suka ais-krim 2 lapis potong kek kepada 3 lapis.
  • Masukkan lapisan bawah iaitu kek dalam loyang sepadan, kemudian ratakan ais-krim, lapisan kek semula, ais-krim dan atas sekali adalah lapisan kek.
  • Simpan kek dalam peti beku lebih kurang 3 jam, tutup dgn plastik wrap. lepas tu boleh di hias dengan butter cream atau fresh cream… sedap tau hehe…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN