my SIL yg bagi nama.. klu jual kat luar satu ketui mahait sampai 50sen sebijik!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Karipap Inti Sedap

my SIL yg bagi nama.. klu jual kat luar satu ketui mahait sampai 50sen sebijik!

BAHAN-BAHAN

  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin – panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak – panaskan
  • garam
  • air
  • INTI
  • 5 biji kentang@keledek – bleh juga dicampur
  • 200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
  • setangkai daun kari dan daun sup cincang halus
  • 2 biji telur rebus – di belah 6/lebih setiap biji @ potong dadu
  • 2 1/2 sudu besar kari ayam/daging – bancuh dgn sedikit air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • gula – jika perlu
  • air
CARA PENYEDIAAN
  • Untuk membuat kulit karipap – campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  • Untuk buat inti – kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  • Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering. tutup api.taburkan daun sup.
  • Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  • Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.
  • Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn….:)
  • Atas permintaan resepi Karipap Inti Keledek sblm nih, hana sertakan gambar2 step by step cara2 mengelim karipap stail hana. harap dpt membantu pd sesiapa dluar sana. tQ! nih karipap yg sedia utk dikelim. utk lebih cantik, gunakan gunting buang lebihan doh.
  • picit@tekan@penyekkan bahagian ujung karipap
  • tolak yg dipicit td dr belakang ke depan sedikit menggunakan sipi ibu jari anda. -lihat gambar yg no 11
  • sambil tolak sambil picit@tekan@penyekkan yg seterusnya
  • kemudian tolak ke depan lagi menggunakan sipi ibu jari anda
  • picit@tekan@penyekkan lg dan teruskan langkah seperti step2 di atas
  • sehingga jd begini dan buat sehingga habis
  • taraaaaa… dah siap!
  • bentuk karipap bulat!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN