Masakan mak.Sambil meronda2 kawasan,jumpa pokok pisang hutan.Tebang ambil umbutnya…lama tak makan.Makasih mak.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Umbut Pisang Dengan Daging

Masakan mak.Sambil meronda2 kawasan,jumpa pokok pisang hutan.Tebang ambil umbutnya…lama tak makan.Makasih mak.

BAHAN-BAHAN

  • Sedepa panjangnya umbut pisang (2 batang)
  • 1/2 kg daging segar (klu part urat2 lagi sedap)
  • 2 bungkus serbuk kari daging.
  • Kerisik segar dari 1/2 biji kelapa.(lebih kurang 7-8 sudu)
  • 5 ulas bawang merah dan putih.(ditumbuk)
  • Santan secukupnya.
  • Minyak untuk menumis.
  • Sedikit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Umbut pisang dipotong menyerong. Buang tali sawangnya yang merambu-rambu tu..
  • Daging dipotong dan dibersihkan. Digaul dengan serbuk kari dan kerisik.
  • Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau dan kekuningan.
  • Masukkan daging.Perlahankan api dan biarkan daging mengeluarkan airnya untuk 2 minit,masukkan garam.
  • Masukkan santan.Api tu volume sederhana je.
  • Masukkan umbut pisang.Tunggu hingga umbut layu dan empuk.
  • Ta da..dah siap .
  • Kalau dah buat sampai seperiuk besar, tak reti2 ke nak hantar kat jiran same…he he

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN