bagi sesapa yg suka makan kambing boleh cuba..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kari Daging Kambing..
bagi sesapa yg suka makan kambing boleh cuba..
BAHAN-BAHAN
- 2 keping Daging kambing-potong ikut suka
- *Bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga&kayu manis
- **2 ulas bawang putih,2 ulas bawang merah,halia-tumbuk
- 1 paket santan serbuk/pati santan sebiji
- 1 batang serai-titik
- 1 biji kentang-potong&rebus
- 2 sudu/b rempah kari daging,2 sudu/b lada kisar,1/2 sudu/k serbuk kari-bancuh dgn air sehingga menjadi pes
- 1 keping asam gelugor
- 1 helai daun kunyit-hiris halus
- 1 sudu/b sos lada hitam-jika suka pedas
- Garam,gula&air secukupnya
- Minyak utk menumis
CARA PENYEDIAAN
- Panaskan periuk dgn sedikit minyak,tumis bahan2 * & bahan2 **.
- Kemudian masukkan bahan2 yg dibancuh menjadi pes tadi sehingga naik bau.Masukkan sedikit air kalau agak kering.
- Masukkan daging kambing yg telah dipotong2 kecil.Kacau.Masukkan juga asam gelugor&serai.
- Tggu sehingga daging agak masak,masukkan santan.Boleh tambah kan air jika suka kuah yg banyak.Masukkan garam&gula secukup rasa.Masukkan juga sos lada hitam jika mahu lebih pedas.
- Tunggu sehingga kuah agak pekat masukkan kentang yg telah direbus empuk tadi.Masukkan juga daun kunyit dihiris nipis tadi.Tunggu lagi sekejap boleh lah ditutup api.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.