Resepi sendiri di ilhamkan dari masak taucu ikan, gantikan dengan kanbas, pahit-pahit menyelerakan
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kanbas (Peria katak) masak taucu
Resepi sendiri di ilhamkan dari masak taucu ikan, gantikan dengan kanbas, pahit-pahit menyelerakan
BAHAN-BAHAN
- 1 biji peria katak sederhana besar
Setengah batang timun
5 biji cili hijau
2 sudu makan taucu
2 biji bwang kecil*
2 biji bawang putih*
1/2 inci halia*
Semangkuk kecil air asam jawa
1 biji bawang besar
Sedikit gula untuk perasa
CARA PENYEDIAAN
- Hiris bahan yang bertanda *.
- Potong peria kecil-kecil atau ikut suka saiz.
- Timun juga potong kecil-kecil. Cili hijau di belah dua & bawang besar di potong bulat-bulat
- Asam jawa di bancuh dgn air
- Tumis bahan yang bertanda * sehingga kekuningan, masukkan taucu dan goreng sehingga garing sedikit, masukkan air asam jawa.
- Bila dah mendidih masukkan peria tadi, kemudian cili hijau. Letak sesudu makan gula atau secukup rasa kedalam masakan, jangan tambah garam kerana taucu tu dah cukup masin, kacau-kacau bagi sebati, akhir sekali masukkan timun dan bawang besar. Kacau-kacau dan padamkan api. Hidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.