Bagaimana cara nak masak Kambing Goreng Cili Api

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kambing Goreng Cili Api

Bagaimana cara nak masak Kambing Goreng Cili Api

BAHAN-BAHAN

  • ½ kg daging kambing 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit  
  • 3 biji bawang merah  
  • 3 ulas bawang putih 
  • 2 inci halia  
  • (Bawang merah, bawang putih, dan halia dikisar bersama)
  • 10 biji cili api (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)  
  • 3 biji cili merah (Dihiris)
  • 1 pokok daun bawang (Dihiris)
  • 2 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 1 cawan air 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Potong kecil daging kambing. Basuh dan tuskan. 
    2. Gaulkan daging kambing dengan serbuk kunyit. 
    3. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi. 
    4. Masukkan cili api dan daging kambing. Kacau rata. 
    5. Masukkan air dan garam. Masakkan sehingga daging lembut. 
    6. Masukkan bawang besar, cili merah, daun bawang, dan tomato.
    7.  Kacau rata dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN