Resepi emak..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kacang goreng bertelur

Resepi emak..

BAHAN-BAHAN

  • Secekak kacang panjang potong/patahkan ~ 11/2 in.
  • 2 biji telur di kacau agar kuningnya bercampur
  • *1 camb udang gergau/ udang kering
  • 2 biji lada merah hiris nipis dan serong.
  • *4 biji bawang merah
  • *2 biji bawang putih
  • *1/4 kiub ikan bilis
  • Garam dan gula secukupnya.
  • 1 camt serbuk kunyit untuk menaikkan seri warnanya.
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sesenduk air jika perlu.
  • * bahan yg ditumbuk..jangan blender…tekstur bahan yg sedikit kasar lagi sedap…
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik baunya.
  • Masukkan telur di tengah2 kuali kacau sikit bila sedikit masak pecahkan dan gaul rata dengan bahan tumisan rasakan garam dan gula masukkan lada merah
  • Masukkan kacang panjang kacau sebati ( tambahkan sikit air jika terlalu kering agar kacang 1/2 masak )..Pastikan kacang tidak tua dan tidak terlalu lama di masak..Rasa kruk2 bila gigit sedap..
  • Makan dengan nasi panas memang terangkat…Ini salah satu resepi mak agar anak2 nak makan sayur….Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN