Saya ni kalau bahagian inti nenas memang agak cerewet sikit. Kadang-kadang ada Kuih Tart yang bila telah dibakar inti nenas macam keras sikit, itu tandanya banyak sangat gula. Inti nenas yang sedap bila disatukan dengan pastri Kuih Tart, intinya mestilah sesedap manis, lembut dan lembab dan bila kita kunyah Kuih Tart boleh terasa kesemuanya dari pastri Kuih Tart kepada intinya. Dan yang penting adalah hiasan ‘topping’ pada Kuih Tart.

Kalau boleh nenas hendaklah anda parut menggunakan pemarut yang besi tu, boleh beli dekat Tekka/Geylang (Singapura) dan Chow Kit (Kuala Lumpur). Kenapa mesti ia diparut supaya intinya bertali-tali dan bukan lembik sebiji macam bubur nak bentukkan pun susah!!! Saya memang tak suka kisar nenas kerana pada saya intinya tidak akan secun yang diparut.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Inti Nenas Diana

Saya ni kalau bahagian inti nenas memang agak cerewet sikit. Kadang-kadang ada Kuih Tart yang bila telah dibakar inti nenas macam keras sikit, itu tandanya banyak sangat gula. Inti nenas yang sedap bila disatukan dengan pastri Kuih Tart, intinya mestilah sesedap manis, lembut dan lembab dan bila kita kunyah Kuih Tart boleh terasa kesemuanya dari pastri Kuih Tart kepada intinya. Dan yang penting adalah hiasan ‘topping’ pada Kuih Tart.

Kalau boleh nenas hendaklah anda parut menggunakan pemarut yang besi tu, boleh beli dekat Tekka/Geylang (Singapura) dan Chow Kit (Kuala Lumpur). Kenapa mesti ia diparut supaya intinya bertali-tali dan bukan lembik sebiji macam bubur nak bentukkan pun susah!!! Saya memang tak suka kisar nenas kerana pada saya intinya tidak akan secun yang diparut.

BAHAN-BAHAN

  • 6 biji nenas yang telah masak, diparut
  • 1 kilo gula pasir
  • 5 batang kayu manis sepanjang jari telunjuk
  • 15 biji buah pelaga
  • 20 kuntum bunga cengkih
CARA PENYEDIAAN
  • Nenas yang telah diparut dimasukkan ke dalam periuk, kalau ada periuk tebal lagi bagus jadi tak mudah hangus.
  • Masukkan juga kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.
  • Masak bahan ini semua sehingga air nenas kering. Inilah cara paling cepat anda menghasilkan inti nenas. Jangan anda masukkan gula nanti nak masak tunggu intinya kering punyalah lama.
  • Bila air nenas telah kering, masukkan gula dan masak lagi selama 20 ke 30 minit. Inti nenas hendaklah selalu dikacau untuk mengelakkan ia hangus pada dasar periuk. Kalau guna periuk tidak melekat selamat la.
  • Saya tidak menggunakan pewarna untuk inti nenas, warna asal dari nenas dan juga bahan-bahan seperti kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih akan menghasilkan inti nenas yang warnanya keemasan dan tidak lupa juga baunya harum semerbak. Cara di atas ini dapat anda jimatkan masa dan dalam masa 2 jam boleh anda sediakan inti nenas yang sedap lagi harum baunya. Walaaaaa macam promosi inti nenas gitu.. hehe

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN