saja nak kongsi lauk lunch td.. respi tengok dlm majalah, slalu asyek sumbat kelapa & sambal je, sesekali sumbat tempoyak plak.. amboi..cek hb mkn.. darling dok dpn pn cam x nmpak je..huhu..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

ikan sumbat tempoyak kakbesah

saja nak kongsi lauk lunch td.. respi tengok dlm majalah, slalu asyek sumbat kelapa & sambal je, sesekali sumbat tempoyak plak.. amboi..cek hb mkn.. darling dok dpn pn cam x nmpak je..huhu..

BAHAN-BAHAN

  • 6 ekor ikan cencaru – 1.5kg (guna ikan kembung lg sedap)
  • 2 senduk tempoyak yg pekat (buatan sndiri, yg beli tu agak cair)
  • 1 batang cili merah, 15 tangkai cili api kampung, 5 biji bawang merah – dihiris/dimayang
  • 2 kuntum bunga kantan (elok yg kincup) – dihiris haluuus.
  • 2 batang serai – dihiris haluuus.
  • sedikit ikan bilis tumbuk (x bubuh pun x pe)
  • 1 biji tomato – dicincang
  • 1/2 sudu teh puri asam jawa (asam jawa extra)
  • garam gula secukup rasa.
CARA PENYEDIAAN
  • ini lah bhn2 yg diperlukan;
  • ikan dibelah belakang, setelah bersih, di lumur garam kunyit – ketepikan.
  • gaul semua bahan2 hiris hingga sebati.
  • campurkan tempoyak, gaul sebati, rasalah asam garamnya. ( suaikan rasanya). tambah cili api jika kurang pedas.
  • sumbat sambal tempoyak ke dalam perut ikan penuh2.
  • ikat ikan dgn benang kapas 3 lapis supaya isi ikan tak meleding bila di goreng. jika di bakar x pyh ikat pun x pe..
  • bungkus ikan dgn daun pisang & bakar hingga masak. tp, yg ini akk goreng dlm sedikit minyak dalam kuali, sbb nk cepat..hehe..
  • siap lah sudah lauk lunch td.. dah selamat diratah2.. heran btol, kalo di msk cili, dpt lh sampai dinner, tp kalo disumbat, sekali hadap jer.. hm, mlm ni kena msk terjun2 la nmpak nyer…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN