Resepi warisan.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Singgang Serani

Resepi warisan.

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan kembung segar, bersihkan dan potong dua
  • 2 ulas bawang putih*
  • 4 biji bawang merah kecil*
  • 1/2 cm halia*
  • 1/2 cm lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 7 – 10 biji cili padi, kalau tak nak pedas boleh dikurangkan*(*ditumbuk jangan terlalu lumat)
  • 1 kuntum bunga kantan, dibelah dua
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 camca besar asam jawa, dibancuh dengan 1 cawan air dan tapis jusnya
  • 1 kiub ikan bilis Maggi
  • Sedikit garam dan gula (kalau suka)
  • 1 camca besar minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan ditumbuk hingga naik bau. Masukkan air (anggaran 500ml, terpulang pada masing-masing). Biarkan mendidih.
  • Masukkan serai, kiub ikan bilis dan garam serta gula (kalau suka). Biarkan mendidih.
  • Masukkan ikan tadi dan bunga kantan. Bila menggelegak, tuang jus asam jawa. Masak 5 minit hingga ikan masak. Rasa garamnya. Angkat dan hidangkan dengan nasi panas….sertakan dengan ulam-ulaman dan sambal belacan.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN