resepi ni dari ibu mertua saya tapi diubah sedikit…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan pari masak lemak cekur

resepi ni dari ibu mertua saya tapi diubah sedikit…

BAHAN-BAHAN

  • sepotong ikan pari ( klu beli kat kedai yang dah siap dipotong )
    kalau nak guna ikan keli pun boleh….
  • 4 biji bawang merah kecil
  • 2 biji bawang putih
  • segenggam cili padi ( klu tak nak pedas kurangkan )
  • segenggam isi cekur ( dibersihkan )
  • 1 inci belacan
  • garam & perasa secukupnya.
  • santan ( guna 1 biji kelapa )
CARA PENYEDIAAN
  • goreng bawang merah, bawang putih, cili padi dan belacan dengan menggunakan sedikit minyak ( bawang tidak perlu di hiris sebab nak ditumbuk. Cili padi perlu dihiris sedikit supaya tidak meletup-letup semasa digoreng.)
  • tumbuk bahan yang digoreng tadi.
  • gorengkan ikan pari dan ketepikan.
  • campurkan bahan ditumbuk tadi kedalam santan bersama ikan pari yang telah digoreng tadi. kemudian masakkan diatas api. kacau jangan sampai pecah minyak.
  • tambahkan garam dan perasa secukupnya. masukkan juga daun cekur yang dimayang tadi.
  • bila dah masak hidangkan….

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN