resepi adaptasi dari pelbagai sumber di internet :) Gambar tak comel sebab saya tak pandai ambil gambar…
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Honey Peanut Butter Cornflakes Bar
resepi adaptasi dari pelbagai sumber di internet :) Gambar tak comel sebab saya tak pandai ambil gambar…
BAHAN-BAHAN
- 7 – 8 cawan cornflakes
- 1 cawan mentega kacang
- 1 cawan madu
- 1/2 cawan gula (kurangkan lagi kalau nak kurang manis)
- Semi-sweet chocolate chips – ikut selera nak banyak mana, saya guna dalam 1 cawan (kot.. hehe). juga boleh tukar dengan chocolate spread.
- Kacang – ikut selera juga. Saya guna badam cincang yg telah dipanggang, tak tahu la banyak mana, main bubuh je.
- 1 sudu kecil esen vanilla.
CARA PENYEDIAAN
- Mula2, griskan dulang berukuran 9 x 13 inci. Saya alaskan dulang tu dengan aluminum foil, lepastu griskan foil tu sebab nanti senang nak keluarkan.
- Kemudian, masak madu, gula dan vanilla atas api yg kecil, sampai gula cair, dan mendidih sedikit. Boleh jugak masak dalam microwave, dalam 3 – 4 minit, tapi kacau setiap minit ye.
- Tutup api, masukkan pula peanut butter. Kacau sampai smooooooth.
- Masukkan cornflakes & kacang, kacau elok2. Boleh tambah lagi cornflakes kalau nampak adunan itu agak ‘basah’.
- Taburkan cip coklat kat dulang tu. Sementera adunan tadi panas lagi, spread-kan nya ke dalam dulang tu.
- Tekan2 bagi padat. Tip – griskan tangan/alat penekan tu masa nak tekan supaya dia tak lekat2.
- Bila dah sejuk (tak payah sejuk sangat, nanti jenuh nak potong), terbalikkan atas papan pemotong, lalu, kita potong ikut besar mana nak. Kalau nak buat ala2 ‘granola/energy bar’, potong panjang2… Griskan juga pisau sedikit supaya tak lekat2 sangat.
- Kalau tak nak potong2 ni, buat je macam cornflakes madu biasa, letakkan dalam mini paper cup.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.