belajar dari kawan…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Homemade soya bean

belajar dari kawan…

BAHAN-BAHAN

  • kacang soya
  • air secukupnya (bergantung kpd kuantiti kacang soya – refer cara2)
  • gula secukupnya (refer cara2)
CARA PENYEDIAAN
  • Basuh kacang soya dan direndam semalaman atau 7 – 8 jam. Pastikan kacang soya direndam menggunakan bekas yang cukup untuk kacang soya mengembang. kacang soya ni kembang sekaliganda jadi masukkan air lebih satu kali ganda dari kacang soya.
  • basuh dan toskan kacang soya yang telah kembang tu, masukkan separuh blender, kemudian masukkan air penuh kedalam blender, tapi jangan sampai air melimpah bila blend, maknanya agak2 boleh blend la… Insyaallah kalau cara ni air soya tu tak pekat dan tak cair sangat.
  • bila dah hancur tapiskan dulu guna penapis santan, cara ni cuma utk senang saja, masukkan hampas yang masih ada air tu dalam bekas lain, ketepikan dulu hampas tu.
  • ulang blend kacang soya ikut step no 2 dan 3 sampai habis
  • bila dah habis blend semua kacang soya tu, perah pula hampas yang masih berair tu guna penapis teh kain atau kain nipis. ulang sampai habis
  • bila dah habis perah, tapis lagi sekali air soya tu guna penapis teh kain atau kain nipis tadi, nak elakkan ada hampas tertinggal
  • masukkan air soya ke dalam periuk dan masukkan gula secukup rasa. kalau x sure ktt gula tu sukat air soya guna jug yg biasa kita buat air kat rumah dan dah tau sukatan gula – cara nk senang le tu. atau pun boleh try masa masak je, kalau tak cukup tambah. Masak air soya tu sampai mendidih dan matikan api..
  • dah siap…boleh minum panas atau sejuk.
  • tips: yang saya buat tu, ktt kacang soya tu lebih kurang 400gm ( beli yang dah siap packing) dapat 2 liter air soya. Selamat mencuba…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN