Tringin sgt nak makan yang auntie annie tapi kat sini xde so cari resepi n jumpa yang ni…SELAMAT MENCUBA….(untuk detail lagi blh jg tgk laura inthe kitchen)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
HOMEMADE PRETZELS
Tringin sgt nak makan yang auntie annie tapi kat sini xde so cari resepi n jumpa yang ni…SELAMAT MENCUBA….(untuk detail lagi blh jg tgk laura inthe kitchen)
BAHAN-BAHAN
- 1 paket yis
- 4 cawan tepung serbaguna
- 1 biji telur dicampur 1sudu makan air dan dipukul. (Untuk disapu atas pretzel sahaja)
- 1 1/2 sudu teh Garam
- 1 sudu makan gula
- 2 sudu makan mentega yang dicairkan.
- Minyak sayur (untuk sapuan sahaja)
- Garam laut (sea salt flakes) – untuk hiasan boleh juga guna gula atau serbuk kayu manis..boleh didapati di kedai peralatan kek.
- 6 cawan air + 1/3 cawan doda bikarbonat dimasak atas dapur sehingga mendidih.
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan garam, gula dan yis di dalam air suam. Biarkan seketika selama 5 minit tanpa dikacau.
- Setelah 5 minit…masukkan tepung serbaguna 1 demi 1 pada kelajuan yang rendah (minimum) di selang selikan dengan mentega yang telah dicairkan.
- Uli dengan pemutar kek selama 7 minit. Jika diuli dengan tangan doh perlu diuli selama 10 ke 15 minit.
- Siap diuli..sapukan minyak sayuran pada mangkuk yang bersih..ambil doh dan bentukkan menjadi bulat. Letak dlm mangkuk n sapukan minyak sayuran ats doh spaya permukaannya licin..
- Tutup dgn plastik kedap udara selama 1 jam di kawasan yang tidak sejuk/lembab. (Suhu bilik)
- Bahagi doh kepada 2 bahagian. Setiap 1 bahagian dibahagikan menjadi 6 ketulan kecil.
- Uli memanjang menjadi seperti tali dan bentukkan menjadi huruf ‘U’. Ambil hujung doh bawa ke bawah dan tekan hujungnya..ulangi langkah ni hingga semua doh siap.
- Di atas dapur : didihkan air yang dicampur soda bikarbonat.. setelah air mendidih masukkan doh yang dibentuk tadi 1 demi 1 selama 30saat dan angkat dengan spatula.
- Sapu dulang pembakar dengan minyak sayuran.. susun atas tray.
- Sapukan telur pada setiap doh n taburkan sea salt atau serbuk kayu manis..terpulanglah…garam biasa pon blh jg… Bakar pada suhu 180celcius selama 10 -15 minit..
- Biar pretzel menjadi warna keperangan baru diangkat.. biar seketika lebih kurang 3 -5 minit sblum dihidangkan…
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.