Terbukti halal lagi suci. =)
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Homemade Marshmallow
Terbukti halal lagi suci. =)
BAHAN-BAHAN
- 3/4 cawan air
- 2 cawan gula
- 3 sb gelatin
- 2/3 cawan corn syrup or golden syrup
- 1 sb essen vanila
- Pewarna
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan 1/2 cawan air dan serbuk gelatin di dalam mangkuk besar. Biarkan selama 10 minit supaya gelatin larut di dalam air.
- Masukkan 1/4 cawan air, gula dan golden syrup ke dalam periuk. Panaskan kesemua bahan sehingga mendidih atau suhu mencapai 120 darjah celcius.
- Pukul gelatin dengan mixer sambil tuang perlahan2 air gula. Pukul sehingga adunan menjadi pekat dan likat serta naik 2 kali ganda. Anggaran masa selama 15-20 min. Pastikan adunan betul2 pekat dan likat untuk mendapatkan hasil yang bagus.
- Masukkan essen vanila dan juga sedikit pewarna yang disukai.
- Gris kan baking pan, dan taburkan sedikit gula icing
- Tuangkan adunan di dalam baking pan. Biarkan marshmallow membeku selama 12 jam, atau masukkan ke dalam peti sejuk selama 2-3 jam. Kemudian, potong mengikut saiz yang di ingini.
- Marshmallow boleh disimpan didalam bekas kedap udara supaya lebih tahan lama. Selamat mencuba!
- Tips : Taburkan gula halus semasa memotong marshmallow supaya tidak melekat. Ni adalah contoh golden syrup yang digunakan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.