resipi sendiri neee

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Siput Sedut

resipi sendiri neee

BAHAN-BAHAN

  • 1 kilo siput sedut
  • 10 batang cili padi
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 mangkuk santan pekat(dari 1 biji kelapa)
  • garam dan perasa
  • 3 keping asam keping
  • sedikit daun kencur(hiris halus-ni optional yer tak letak pun okay)
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan siput dengan hampas kelapa hingga bersih,perahkan air limau kasturi bagi menghilangkan hanyir siput
  • Blend cili api,bawang merah,bawang putih dan kunyit dengan sedikit santan.
  • Masukkan kedalam periuk bahan yang telah diblend tadi.
  • Masakkan bahan ini sebentar dan masukkan sekali asam keping dan siput.
  • Kacau sebentar dan masukkan santan.kacau lagi.
  • Perasakan dengan garam dan perasa.pastikan santan tidak pecah dengan mengacau kuah siput ini sentiasa dengan api yg perlahan

  • Bila telah mendidih ,masukkan daun kencur tadi.kacau sebentar.matikan api.siap untuk dihidang

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN