airasia

Selepas merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan e-hailing perjalanan udara menggunakan pesawat elektric vertical take-off and landing (eVTOL), kini nampaknya AirAsia melancarkan terlebih dahulu khidmat tempahan makanan menerusi AirAsia Food

Platform penghantaran makanan AirAsia Super App dikatakan bakal memulakan perkhidmatan unik untuk kawasan terpilih di Lembah Klang yang membolehkan pengguna menikmati makanan terkenal dari Pulau Pinang diterbangkan dan dihantar terus ke depan pintu rumah korang.

Baca juga: COOLBLOG Perkenal Air Baru Bertema ‘Love Coconut’, Ada Tiga Perisa Menarik!

Antara pilihan makanan yang ditawarkan termasuklah menu halal daripada Hameed Pata & Mi Goreng Sotong Bangkok Lane, jeruk campur oleh Jeruk Madu Pak Ali, Kuih Nyonya daripada Li Er Cafe, Nasi Kandar Hameediyah, Mi Kari Putih, Char Koay Teow dan Mi Hokkien Bee Hwa Cafe.


Menerusi laporan Berita Harian, semua pesanan makanan akan dimasak dan disediakan terus dari kedai sebelum diterbangkan mengikut protokol kebersihan yang ketat dari Pulau Pinang ke Lembah Klang pada hari-hari tertentu setiap minngu.

Caj penghantaran dikenakan sebanyak RM5.99 bagi setiap pesanan. Memang berbaloi!

Korang mempunyai pilihan untuk membuat pra-tempahan makanan kegemaran sehingga 30 hari lebih awal.

Nah, selepas ini kalau teringin nak makan nasi kandar, mi goreng sotong atau pasemboq korang dah tak perlu nak buat plan ke Pulau Pinang, buat tempahan sahaja menerusi AirAsia Food ini.

Sumber: Berita Harian

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN