Kita seringkali dimomokkan dengan perwatakan warga asing yang bersifat jahat, pengotor dan sebagainya. Namun, tidak semua warga asing mempunyai sikap begitu.

Sebenarnya ramai juga warga asing yang baik hati. Janganlah kita memukul rata dan menganggap mereka semua bersifat jahat.

Baru-baru ini tular di laman TikTok di mana seorang gadis berkongsikan momen manis mereka menyambut hari kelahiran seorang pekerja asing kegemaran mereka di sebuah restoran mamak.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nasikerabu77 itu, kelihatan gadis itu dan keluarganya sempat memberikan kejutan kepada pekerja ‘favourite’ mereka itu.

Difahamkan, pekerja yang bernama ‘Sankar’ itu bakal pulang ke kampung halamannya.

Justeru itu, mereka bercadang untuk membuat kejutan kepada Sankar dengan memberikan sebiji kek dengan ucapan ‘Happy 29th Birthday Sankar’.

Keluarga tersebut kelihatan turut bertepuk tangan sambil menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’ kepadanya.

Menerusi video tersebut, Sankar kelihatan menahan sebak dan menutup semula mukanya dengan pelitup muka yang dipakainya.

Sankar juga sempat memeluk ayah gadis itu sebagai tanda ucapan terima kasih kepada mereka.

Menjengah ke ruangan komen, orang ramai turut berasa sebak dan memberikan pujian terhadap kebaikan keluarga gadis itu.

Video penuh:

@nasikerabu77

Pardon my sister’s aggresive clapping while recording but our fav waiter at our fav mamak is going back to his hometown soon 🥹 happy belated bday sankar 🫶🏼

♬ Married Life (From “Up”) – Sergy el Som

Kredit: @nasikerabu77 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN