Masakan ni pun mudah, tapi xberapa ekspress sebab nangka tu perlu direbus dahulu hingga lembut, baru leh mulakan memasak..resepi ni dari mak mentua tapi ada ubah2 skit la…hehe

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Nangka Muda (Aslieya’s Recepi)

Masakan ni pun mudah, tapi xberapa ekspress sebab nangka tu perlu direbus dahulu hingga lembut, baru leh mulakan memasak..resepi ni dari mak mentua tapi ada ubah2 skit la…hehe

BAHAN-BAHAN

  • Bahan Utama
  • Nangka Muda (direbus hingga lembut)
  • Bahan Dihiris
  • Sebiji Bawang Besar
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • Bahan Kisar
  • 1/2 pek serbuk Kari Babas
  • 3 Cawan Santan Pekat
  • 1 cawan Santan Cair
  • **tips, saya saja suka kisar santan & kari ni sebab malas nak bancuh serbuk kari, kalu tuang je nanti berketul plak..hehe
  • Bahan2 Lain
  • Serbuk Jintan Manis & Jintan Putih (boleh beli kat kedai)
  • 4 Tangkai Daun Kari
  • 8 ekor Ikan Bilis
  • 3 Sudu Makan Minyak Masak
CARA PENYEDIAAN
  • Masukkan Nangka & Bahan Dikisar sekali dalam periuk
  • Letakkan atas api
  • Sementara ia mendidih…,
  • Panaskan minyak masak dalam kuali
  • Tumiskan Serbuk Jintan Putih & Jintan Manis bersama Daun Kari
  • Kemudian masukkan bahan2 yang dihiris tadi & ikan bilis hingga naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan tumisan dalam periuk yang terisi nangka & santan tadi.
  • Kacau sedikit & masukkan Garam & Gula secukup rasa.
  • Biarkan hingga mendidih
    & kemudian bolehlah dihidang…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN