Resipi kenduri kahwin.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Nangka Dang Anum

Resipi kenduri kahwin.

BAHAN-BAHAN

  • 500 gram nangka muda
  • 200 gram kacang panjang (potong seinci)
  • 200 gram kubis (hiris kasar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 2 ulas bawang merah (kisar)
  • 8 sudu besar cili boh (nak pedas boleh tambah lagi)
  • 1 inci lengkuas (potong kasar)
  • 1 inci halia (kisar)
  • 2 sudu teh serbuk kunyit
  • 4 helai daun limau purut (racik kasar)
  • 3 batang serai (kisar)
  • 1 kg santan
  • 1 kiub ayam
  • Garam, gula dan MSG secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang merah, serai dan cili giling.
  • Kemudian masukkan santan, daun limau, kunyit dan lengkuas. Masak atas api kecil.
  • Masukkan nangka. Biarkan empuk. Masukkan kuib ayam, kacang panjang dan kubis.
  • Masukkan garam, gula dan MSG secukup rasa. Biarkan mendidih dan angkat. Bolehlah dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN