bau pada blender

Pasti ramai yang mengalami masalah ini iaitu bau pada blender tidak hilang selepas mengisar bawang dan cili. Jika tidak menghilangkan segala bau itu dengan betul, pastinya akan menjejaskan rasa ketika membuat air buah atau adunan kek.

Jom amalkan cara-cara di bawah setiap kali selepas menggunakan blender untuk menghilangkan segala bau tersebut.

Baca juga: Petua Rebus Telur Supaya Mudah Untuk Dikupas & Cantik Tanpa Cacat Cela

Amalkan Cara Ini Untuk Hilangkan Segala Bau Pada Blender

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 sudu soda bikarbonat
  • 2 sudu garam kasar
  • Sabun pencuci pinggan
  • 2 cawan air

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan dalam blender dan blender semua bahan ini. Cuci bersih.
  2. Amalkan langkah ini setiap kali selepas menggunakan blender.

bau pada blender