Senang dan simple, tak yah tumis2

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Lemak Udang Nenas

Senang dan simple, tak yah tumis2

BAHAN-BAHAN

  • 1. 1/2kg udang
  • 2. 1biji nenas
  • 3. *4 biji bawang merah
  • 4. *3 ulas bawang putih
  • 5. *1/2 inci kunyit hidup
  • 6. 2 sb ladah boh/ lada giling
  • 7. Sedikit belacan ( agak-agaklah tapi tak de pun tak pe)
  • 8. 1 batang serai
  • 9. garam, gula dan pak aji kalau suka
  • 10. 1 1/2 cawan santan pekat (300gm). Saya guna santan kotak ayam brand yg kecil 1 1/2 kotak.
  • 11. 2 cawan air ( kepekatan dan banyaknya kuah ni ikut citarasa masing2)
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan udang dang buang muncung dia.
  • Potong nenas ikut suka.
  • Tumbuk bahan-bahan bertanda *. Masukkan air ke dalam periuk bersama lada boh, belacan dan serai yang dititik. Masak sampai mendidih.
  • Masukkan nenas yang sudah dipotong dan masak hingga nenas separuh masak.
  • Masukkan santan pekat ke dalam periuk. Kena jagalah jangan sampai pecah santan.
  • Bila kuah dah mendidih masukkan udang. Bolehlah letak garam, gula dan perasa ikut sesedap rasa. Jangan masak udang lama sangat sebab nanti hilang manis dia dan isi udang akan jadi keras.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN