kawan ayah bagi dua pokok keladi pinang, wajib kena gulai dengan udang sebab itulah kesukaan ayah. ingat nak upload gambar je, tapi x ada resepi lagi… 1st time jugak try upload resepi….
(*_*)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai Kuning Keladi Dan Udang

kawan ayah bagi dua pokok keladi pinang, wajib kena gulai dengan udang sebab itulah kesukaan ayah. ingat nak upload gambar je, tapi x ada resepi lagi… 1st time jugak try upload resepi….
(*_*)

BAHAN-BAHAN

  • Sepokok keladi pinang (potong 3 inci dan siat kulitnya)
  • 4 cwn santan dari sebiji kelapa
  • 1/4 kg udang
  • 7biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1 sk ketumbar
  • 2 cm kunyit hidup dan lengkuas
  • 2 keping asam gelugur
  • 2 sb cili boh / 5 biji cili kering
  • Garam dan gula secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus keladi 2 kali mendidih (istilah mak) dan toskan airnya
  • Tumbuk lumat ketumbar, lengkuas, kunyit, bawang merah, bawang putih dan cili boh
  • Masukkan santan dalam periuk keladi dan masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi. Masukkan juga udang
  • Masak sehingga mendidih. Kemudian masukkan asam gelugur dan perasakan garam gulanya.
  • *Ini adalah bahan2 dan cara yang selalu saya gunakan. Kalau kawan2 nak tambahkan serai atau bahan2 lain, terpulang pada citarasa sendiri.
  • ~Selamat mencuba~

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN