Masakan Terengganu.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gulai daging Terengganu – My Style

Masakan Terengganu.

BAHAN-BAHAN

  • 300 gram daging segar – direbus sehingga agak empuk
  • 2 sudu besar rempah gulai cap bunga rose
  • 11/2 sudu besar rempah masak cap bunga rose
  • 1 sudu kecil rempah kari daging cap baba’s
  • 5 biji bawang merah
  • 2 biji bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar Holland
  • 2 inci lengkuas
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar cili boh
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 batang kayu manis, 2 biji bunga lawang, 2 biji buah pelaga & 3 biji cengkih
  • 2 lada hijau & merah – dibelah dua
  • 1 biji bawang besar Holland – dibelah empat
  • 1 biji asam keping
  • 2 sudu kecil kerisek
  • Garam, gula & bahan perasa
CARA PENYEDIAAN
  • Daging direbus hingga empuk. Air daging jgn dibuang.
  • Kisar bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia & lengkuas. Letak sedikit air sahaja untuk mengisar supaya bahan2 kisar tersebut menjadi pekat & tak cair.
  • Campurkan cili boh, rempah gulai & rempah masak cap bunga rose serta rempah kari daging ke dalam bahan2 kisar tersebut. Adun hingga sebati.
  • Masukkan minyak ke dalam periuk dan tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga sehingga naik bau.
  • Kemudian masukkan bahan kisar yang telah dicampur dgn cili boh & rempah2 tadi. Masak sehingga naik minyak & garing.
  • Masukkan daging & air daging. Kacau perlahan2 sehingga sebati bersama2 dgn rempah tersebut.
  • Masak sehingga naik minyak. Kemudian campurkan santan & kerisik.
  • Masukkan asam keping, cili hijau & merah yg telah dipotong dua & bawang besar yg telah dipotong empat. Boleh juga dimasukkan ubi kentang jika suka.
  • Akhir sekali, perasakan dgn garam, gula & bahan perasa.
  • Selamat mencuba!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN