GARAETTEOK(LONG,CYLINDER SHAPED RICE CAKE)
Campur tepung beras dan garam.tuang air panas sikit-sikit sambil kacau sampai jadi macam dalam gambar.
Isi air dalam periuk kukus letak atas api. ambik periuk kukus yang ada lubang-lubang tu hampar kain tuala bersih,tuang bancuhan ratakan atas kain dan kukus dalam 25-30 minit.
Bila dah masak keluarkan dari periuk kukus masukkan dalam bekas dan uli.sapa yang ada mesin uli roti boleh guna mesin tu.kalau takdak boleh ketuk-ketuk tepung tu dengan hujung kayu penggelek @ dengan benda yg sesuai.boleh jugak gelek-gelek tepung tu dengan penggelek berulangkali sampai rasa dah halus(part ni susah sikit.) Sebelum nak ketuk atau uli doh tu sapu minyak kat tempat nak uli tu supaya tak melekat.
Bila doh dah jadi elok,sapu minyak kat tangan, gelek panjang-panjang tepung macam buat keropok lekor tu.Potong pendek-pendek.
Tepung yang potong kecik tu ambil gelek bagi jadi jejari kecik macam dalam gambar.
Sapu minyak kat rice cake yg dah jadi tadi simpan dalam bekas.(sapu minyak tu takmau bagi melekat bila dah simpan nanti.)
Tutup dengan plastik ‘wrap’ simpan dalam peti kat tempat sejuk beku.
#Untuk no 3 tu kalau takdak mesin uli boleh guna cara ni..ketuk sampai halus.time panas-panas