Deko Roll @ patern Swiss Roll

deko deko

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Deko Roll @ patern Swiss Roll

deko deko

BAHAN-BAHAN

  • ALATAN YG DIPERLUKAN
  • Loyang lebar 10 X 10 inci dalam 2 inci
  • 3 Kertas (baking paper @ A3 paper)
  • Piping bag
  • Mangkuk kecil @ sudu kecil yg byk
  • Pelbagai pewarna makanan. ikut design.
  • lidi
  • BAHAN A
  • 3 biji telur kuning saiz A @ B
  • 75g gula kaster
  • 50 ml air
  • 40 ml minyak sayuran (jagung, sawit, sunflower)
  • 80g tepung gandum (diayak) @ superfine
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • BAHAN B
  • 3 biji putih telur
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1/8 sudu cream of tartar (option)
  • FILING
  • Jem
  • Whipping cream (non dairy)
  • cream cheese frosting
  • Butter cream
CARA PENYEDIAAN
  • Potong 1 kertas 10 x 10 inci.
  • Griskan loyang dengan minyak. alaskan kertas 10 x 10 inci dan griskan minyak secara rata dan menyeluruh.
  • TIPS:
    1.Kita akan melukis di atas kertas ni, pastikan loyang rendah utk memudahkan melukis.
    2. Kalo ada lukisan nak tiru, letakkan bawah kertas, griskan sekali.
  • Panaskan oven ke 170 degree Celcius.
  • Sediakan semua bahan bahan A & B. bagi memudahkan kerja dan cepat.
    TIPS (sediakan bahan seperti berikut):
    – 1 mangkuk sedang berisi semua bahan B,
    – 1 mangkuk sedang berisi Kuning telur, gula & esen Vanila.
    – 1 mangkuk tepung
    – 1 mangkuk air & minyak
  • Gunakan hand mixer, pukul putih telur menjadi meringue, soft peak (bertanduk dan jambul nya jatuh). ketepikan.
  • Pukul mangkuk berisi kuning telur sehingga kembang. Masukkan tepung, minyak & air.
  • Masukkan bahan B kedalam bahan A, secara kaup balik.
  • Asingkan 2 sudu utk 1 warna. (Ikut design)
  • Lukiskan design atas kertas yg dah digriskan tadi. Hentakkan loyang untk mengeluarkan bubble & meratakan ke dasar loyang.
  • Selesai lukis, bakar dlm oven selama TEPAT 1 minit.
    TIPS: Kalo design penuh menutupi 1 loyang, bakar selama 2 minit.
  • Keluarkan dan isi semula baki adunan. Ratakan. Hentakkan loyang untk mengeluarkan bubble dan meratakan ke dasar loyang.
  • Bakar selama 20 minit.
  • Sejukkan dan terbalikkan kek ke atas kertas. dan terbalikkan semula selepas buka kertas gris tadi supaya corak lukisan berada di bawah.
  • isikan filing, ratakan atas kek secara sederhana (jgn tebal) dan biarkan 2 inci di hujung kek tanpa filing.
  • Gulungkan dari bahagian yg penuh filing ke arah yg tiada filing. Cara gulung, gulungkan bucu, dan guna kertas mengalas, tarik tepi kertas untuk mengulung kek secara menyeluruh. gunakan tepi kertas sahaja utk memegang kertas. Kertas di gulung sekali.
  • simpankan swiss roll sebentar dalam peti ais sebelum di hidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago