masakan korea.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

GARAETTEOK(LONG,CYLINDER SHAPED RICE CAKE)

masakan korea.

BAHAN-BAHAN

  • 2 cawan tepung beras (kalau ikut resepi asal korea guna short grain rice flour) – guna tepung beras biasa ja
  • 1/2 camca kecil garam
  • 1 cawan air panas mendidih
  • Minyak bijan/minyak sayuran/minyak masak
CARA PENYEDIAAN
  • Campur tepung beras dan garam.tuang air panas sikit-sikit sambil kacau sampai jadi macam dalam gambar.
  • Isi air dalam periuk kukus letak atas api. ambik periuk kukus yang ada lubang-lubang tu hampar kain tuala bersih,tuang bancuhan ratakan atas kain dan kukus dalam 25-30 minit.
  • Bila dah masak keluarkan dari periuk kukus masukkan dalam bekas dan uli.sapa yang ada mesin uli roti boleh guna mesin tu.kalau takdak boleh ketuk-ketuk tepung tu dengan hujung kayu penggelek @ dengan benda yg sesuai.boleh jugak gelek-gelek tepung tu dengan penggelek berulangkali sampai rasa dah halus(part ni susah sikit.) Sebelum nak ketuk atau uli doh tu sapu minyak kat tempat nak uli tu supaya tak melekat.
  • Bila doh dah jadi elok,sapu minyak kat tangan, gelek panjang-panjang tepung macam buat keropok lekor tu.Potong pendek-pendek.
  • Tepung yang potong kecik tu ambil gelek bagi jadi jejari kecik macam dalam gambar.
  • Sapu minyak kat rice cake yg dah jadi tadi simpan dalam bekas.(sapu minyak tu takmau bagi melekat bila dah simpan nanti.)
  • Tutup dengan plastik ‘wrap’ simpan dalam peti kat tempat sejuk beku.
  • #Untuk no 3 tu kalau takdak mesin uli boleh guna cara ni..ketuk sampai halus.time panas-panas

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN