Resipi kakak ipar yang diubahsuai….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Gajus Cheese

Resipi kakak ipar yang diubahsuai….

BAHAN-BAHAN

  • 250 gm mentega ‘buttercup’
  • 3/4 cawan gula castor
  • 1 biji kuning telur
  • 1/2 cawan serbuk gajus
  • 1/2 cawan nestum
  • 3 sudu besar serbuk keju
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 cawan tepung gandum superfine
  • Bahan untuk hiasan:
  • Kacang gajus yang telah siap digoreng
  • ‘Spread cheese’
  • Colourful Hundred&Thousand (..nama kat botol, tak tahu nama sebenar..)
CARA PENYEDIAAN
  • Pukul mentega, gula dan kuning telur hingga berkrim
  • Masukkan serbuk keju, serbuk gajus dan nestum, kacau sebati.
  • Masukkan tepung jagung dan kastard, kacau sebati.
  • Masukkan tepung gandum, gaul sebati hingga jadi doh yang lembut. Tambah tepung gandum sedikit demi sedikit jika perlu.
  • Canai dan terapkan mengikut bentuk yang sesuai dan disukai (..supaya sedap mata memandang..sebab rasa memang sedap)
  • Untuk hiasan, sapukan spread cheese di atas doh yang diterap.
  • Letakkan kacang gajus, kemudian taburkan colurful hundred& thousand.
  • Bakar pada suhu 150 C selama 15-20 minit.
  • Sejukkan biskut dan simpan dalam bekas kedap udara.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN