Resepi mudah untuk penggemar choc cake yang sungguh lembap and sejuk.. Resepi dari France.. Tak rugi kalau cuba..sungguh mudah..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

French Choc Torte with Strawberry

Resepi mudah untuk penggemar choc cake yang sungguh lembap and sejuk.. Resepi dari France.. Tak rugi kalau cuba..sungguh mudah..

BAHAN-BAHAN

  • 150 g butter-potong dadu
  • 200g choc bar- potong dadu
  • 80g assorted nuts (badam,hazel,gajus)- kisar halus
  • 5 biji telur
  • 2 sudu kecil esen vanilla
  • 130g gula castor
  • Bahan untuk topping/glaze
  • 60g butter-potong dadu
  • 125g choc bar-potong dadu
  • satu sudu kecil madu
CARA PENYEDIAAN
  • masak choc bar dan butter atas api kecil hingga larut dan ketepikan. biarkan sejuk
  • pukul telur+gula+esen vanilla hingga betul-betul kembang
  • masukkan choc+butter yg telah cair dimasak td bersama assorted nuts yg telah dikisar ke dalam adunan telur+gula yg sudah kembang itu. gaul hingga sebati
  • panaskan oven, letakkan air ke dalam alas pembakar hingga separa atau 1/2 penuh sahaja.
  • Oleskan butter di bahagian dalam di sekeling acuan pembakar kek.masukkan adunan yg telah digaul sebati td ke dalam bekas acuan pembakar kek itu. siap untuk dibakar
  • masukkan acuan pembakar kek itu di dalam alas pembakar yg telah diletakkan separuh air panas di dalam nya. bakar hingga masak. cucuk dgn lidi untuk test, kalau tidak melekat makna kek sudah masak.
  • waktu membakar lebih kurang 45 minit tetapi bergantung pd keadaan. tgk dahulu sebelum keluarkan kek dr oven.
  • untuk topping atau glaze nya pula, masak butter dan choc bar atas api kecil hingga larut. masukkan madu dan kacau lg. masak atas api perlahan and kacau selalu untuk elakkan hangit.
  • potong strwaberry and celup ke dlm choc topping yg sudah cair td. biarkan strawberry celup coklat itu sejuk sementara menunggu kek masak
  • setelah kek masak, keluarkan dr oven dan biarkan die sejuk selama 10 minit. setelah sejuk, tuangkan topping/glaze ke atasnya dan ratakan. hiaskan dgn strawberry celup td di atas kek itu.
  • selesai topping dan hias dgn strawberry, sejukkan kek dlm fridge selama 40 minit. keluarkan dan biarkan untuk 3 minit dahulu sebelum dipotong untuk makan. kek ini boleh juga dimakan stelah die masak dr oven, tetapi lebih sedap klu disejukkan terlebih dahulu. selamat mencuba ya..

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN