Boleh juga ganti fig dengan dried fruit yg lain. Saiz muffin dalam gambar ni kecil.. sekali ngapp je..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Fig caramel muffin

Boleh juga ganti fig dengan dried fruit yg lain. Saiz muffin dalam gambar ni kecil.. sekali ngapp je..

BAHAN-BAHAN

  • 90g butter-suhu bilik
  • 70g gula halus
  • 1 biji telur
  • 120g tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ** Karamel**
  • 70g gula
  • 1 sudu besar air
  • 2-3 sudu besar air panas
  • 6 biji fig
CARA PENYEDIAAN
  • Sediakan karamel. Masak gula dengan 1 sudu besar air sehingga perang. Tutupkan api. Masukkan 2-3 sudu besar air panas. Kacau dan ketepikan.
  • Potong fig kecil2- ( 1 biji bagi 4). Rendam dengan air sehingga lembut
  • Masukkan butter ke dalam mangkuk. Pukul sehingga jadi bentuk krim. Masukkan gula 2-3 kali pukul sehingga putih. Masukkan pula telur sedikit demi sedikit. Pukul sehingga sebati.
  • Masukkan karamel ke dalam no.3. Kacau sehingga sebati
  • Akhir sekali masukkan tepung yang telah diayak dengan baking powder. Kacau sehingga sebati.
  • Isikan adunan ke dalam bekas muffin. Letakkan fig dalam setiap bekas muffin tadi.
  • Bakar dengan suhu 180 degree selama 25-30 minit.
  • Boleh hias dengan krim coklat. 20g coklat yg dicairkan + 200ml whipping cream + 2 sudu besar gula aising

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN