Senang sangat nak membuatnya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Easy Sardine Roll

Senang sangat nak membuatnya.

BAHAN-BAHAN

  • 1 buku roti Gardenia
  • 1 tin kecil sardin
  • 2 biji limau nipis
  • 1 biji bawang merah saiz sederhana (dipotong dadu kecil-kecil)
  • 2 biji cili api di hiris nipis-nipis
  • 1 biji kuning telur
  • 3 biji telur (dipukul dadar)
  • Secubit garam
CARA PENYEDIAAN
  • Sardin dihancurkan dalam mangkuk dengan melenyekkannya dengan garpu. Biar betul-betul hancur.
  • Masukkan bawang, cili api dan garam ke dalam sardin yang telah dilenyek tadi. Kacau hingga sebati.
  • Perahkan limau nipis ke dalam adunan supaya tidak terlalu hanyir. Kacau hingga sebati.
  • Perapkan seketika. Kalau nak buat sarapan pagi, buat la malam sebelumnya dan perap hingga pagi.
  • Ambil roti Gardenia dan lenyekkan tepi kulit roti tu.
  • Letakkan sedikit sardin tadi dan gulung. Untuk roti tidak terbukak, sapukan kuning telur di hujung gulungan roti untuk melekatkannya.
  • Ambil roti yang telah digulung, celup dalam telur dadar dan goreng. Pakai kuali leper dan letak minyak banyak. Setelah selesai goreng, biarkan sejuk seketika dan kemudian bolehlah potong kecil-kecil seperti di dalam gambar.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN