Resipi dari Mak Lang

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Donut Ubi Kentang

Resipi dari Mak Lang

BAHAN-BAHAN

  • 2 Biji Ubi kentang (direbus dan dilenyek)
  • 4 Cawan Tepung Gandum (diayak 2 kali)
  • 2 sudu besar susu tepung
  • 2 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu teh yis segera
  • sedikit garam
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar planta
  • 1/2 cawan gula pasir
CARA PENYEDIAAN
  • Rebus ubi kentang sehingga lembut. Kemudian lenyek sehingga halus.
  • Ayak tepung gandum sebanyak 2 kali.
  • Gaulkan Tepung gandum, Planta, Gula, Garam, Susu tepung, Susu Pekat manis dan Yis bersama air dan juga kentang lenyek tadi
  • Uli sehingga tepung menjadi doh
  • Biarkan doh tersebut seketika sehingga doh tersebut naik. Perapkan lebih kurang 2 jam. Lagi lama lagi bagus.
  • setelah doh tadi naik, ambil acuan donut dan tekapkan pada tepung tadi…..
  • Goreng sampai nampak kekuning-kuningan……taburkan gula icing (gula yang telah dikisar halus)
  • hiaskan diatas pinggan…….
    selamat mencuba

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN